Wednesday, March 2, 2011

Makna Doa Duduk Antara 2 Sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Wednesday, February 16, 2011

Perkhidmatan Jahitan Baju Kurung Dan Baju Kurung Moden

contoh baju..sila abaikan wjah pompuan tu..



Upah Jahit Baju Kurung biasa                             RM37
Upah Jahit Baju Kurung Moden                          RM40

Leher Tulang Belut & Mata Lalat   additional RM7

Pertanyaan: Sila call Ms Azat 013-6644741

Lokasi Melawati / Klang Valley

Wednesday, February 9, 2011

New stock Charles & Keith

dear all..new stock Charles & Keith updated..sesape yg berminat bole jenguk kt link ni @ kedai ommy..
tq2..happy shopping

Monday, February 7, 2011

haramkan tudung..cis bedebah..

Ciss..haram kan tudung?? baca sampai habis,pastu komen
Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia
. ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi
mengharamkanpemakaian tudung bagi pelajar wanita
di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan
faktor faktorkesihatan.

ini kerana pelajar pelajar wanita yang
memakai tudung ini didapati kurang mendapat
prestasi yang agak cemerlang.kenyataan ini juga
disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang
yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung
ini.

mereka berkata tudung ini akan menyebabkan
pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan
kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang
segar dan akan menjadikan otak mereka tidak
aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai
tudung.

jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik
ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja
di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti
tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia
takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap
singapura yg memberhentikan 2 org murid
perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

ape susah jadi dengan isu ini diam begitu
sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang
paku serpih mengata orang dia yang lebih.
sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN
pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat
berbuat apa apa dengan isu ini.

ini kerana semuanya terletak di tangan menteri menteri di
malaysia.bagaimana pula dengan Pak Lah yg
selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die
juga bersetuju dengan isu pengharaman
pemakaian tudung ini.jadi bagaimana seorang
imam boleh setuju tentang pengharaman
pemakaian tudung ini.

bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia (UIAM).international
islamic university malaysia (IIUM) juga hanya
menunggu dan lihat sahaja apa yang akan
terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap
pelajar wanitanya memakai tudung apabila
memasuki kawasan universiti kini hanya
mengambil endah tak endah sahaja mengapa
MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya
dikenali kerana agama rasminya adalah agama
islam.kini boleh mengharamkan pemakaian tudung
di malaysia yang kita semua sudah maklum
sebagai seorang wanita islam wajib memakai
tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan
agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape
ape reformasi.

pihak media massa seperti TV juga
tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan
semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .
pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi
pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA
dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke
sekolah sekolah.

pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa
jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di
dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis
tudung yang TIDAK boleh dipakai ialah:-

1) TUDUNG SAJI
2) TUDUNG PERIUK
3) TUDUNG TERMOS
4) TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu
menjadi permainan murid sekolah masih di dalam
pemerhatian.

Kaaahhh.....kaaaaahhhh!!
kena kena!! aper lagi forward
ke rakan rakan anda..
takkan nak kena sorang sorang kot keh keh!!

characters in office..

budak bertuah..

 nukilan ikhlas wan shahrizal..utk dikongsi bersame..

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Wednesday, January 26, 2011

Hentikan Mengumpat

Petikan utusan malaysia 19 januari 2011

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:
Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.


 Go to fullsize image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...