petikan dari sebuah majalah muslimah
soalan:
saya sebenarnye mempunyai kemusykilan mengenai hukum wanita Islam bersolek. Dikatakan hukumnya haram sekiranya berlebih-lebihan kecuali untuk tatapan suami. Namun pada hari ini saya melihat ramai wanita Islam yeng bertudung tidak terkecuali mengenakan solekan yang sangat tebal dan adakalanya memakai bulu mata palsu yang mengikut fahaman sudah mengubah kejadian Allah. Adakah juga dibolehkan untuk memakai hijab yang indah bermanik2 serta berwarna-warni untuk tiket menutup aurat?yang juga mngikut fahaman saya boleh menimbulkan riyak?harap ustaz boleh jelaskan.
Fatisya, Subang Jaya
Jawapan:
Pada asalnya hukum menghias diri sama ada berbentuk solekan atau barang perhiasan adalah harus di sisi syarak. Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf, ayat 32 yang bermaksud: "katakanlah (Wahai Muhammad): "siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?"katakanlah:"semuanya itu ialah nikmat untuk orang beriman(dan juga yang tidak beriman) dlam kehidupan dunia; nikmat itu pula hanya tertentu (bagi orang -orang yang beriman sahaja)pada hari kiamat". demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui". Imam Fakharuddin Ar-Razi telah menjelaskan di dalam kitab tafsirnya, Attafsir Al-Kabir, bahawa pengertian perhiasan di dalam ayat ini adalah umum dan melibatkan semua bentuk, pakaian, barang kemas dan perhiasan yang lain.
Walaubagaimanapun syarak telah meletakan peraturan agar keharusan ini tidak disalahertikan sehingga melampaui batas. Antara peraturan dan syarat tersebut ialah:
1. Perhiasan tersbut hendaklah tidak mendedahkan aurat atau tubuh badan. fitrman Allah SWT didalam surah Al-Ahzab, ayat 33, " Dan hendaklah kamu tetap diam di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oelh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat; taatlah kepada Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan pekara-pekara yang mencemarkan diri kamu -wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala pekara yang keji)."
2. berhias dengan niat utk bagi mereka yang mahram atau suami.
3. tidak membazir atau melampaui batas ketika memakai perhiasan dan solekan.
Jika peraturan ini tidak dipatuhi, pemakaian perhiasan dan solekan ini boleh dikategorikan sebagai makruh dan terkadang bole membawa kepada pengharaman sekiranya ia bole menimbulkan fitnah dan rangsangan syahwat.
Sebagaimana yang diutarakan di dalam soalan tadi, permasalahan yang dialami oleh wanita Islam pada hari ini memperlihatkan kekurangan mereka dari sudut ilmu dan kefahaman mengenai hukum syarak. Sekalipun bertudung ia bukanlah lesen bagi membolehkan mereka memakai perhiasan dan solekan berlebihan. ini boleh ditangani melalui tarbiah dan mendalami ilmu agama serta hukum syara secara sempurna.
Manakala perbuatan menghias hijab dengan warna kegemaran, manik, hiasan yang lain adalah diharuskan oleh syarak. Pemakaian hiasan ini pada tudung atau hijab tidak seharusnya disalahertikan sebagai berbangga atau riyak selagi ia tidak melanggar batasan dan peraturan syarak yang telah dinyatakan di atas.
*p/s: semoga entri kli ni dapat jadi panduan kite sume dalam usah utk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..insyallah.. :)